Monday, February 04, 2008

Permasalahan Maslahat

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-

  1. Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
  2. Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
  3. Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
  4. Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.